Debat Piala Dato' Zainol Abidin atau nama singkatannya PiDZA telah diilhamkan oleh Jawatankuasa Kelab Umno Luar Negara Moscow (KUMOSC) pada satu mesyuarat yang telah diadakan pada 13 September 2013. Ianya disusuli dengan satu mesyuarat rasmi bersama Duta Besar Malaysia di Russia, Dato' Zainol Abidin berserta pegawai MARA dan JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) di Russia pada 26 September 2013. Melalui mesyuarat tersebut Dato' Zainol Abidin telah bersetuju untuk berkoliberasi bersama KUMOSC dan Badan Perhubungan Negara Russia untuk mengadakan satu pertandingan perbahasan yang di beri nama Pertandingan Debat Piala Dato' Zainol Abidin (PiDZA) dengan bertemakan
3 universiti, 1 matlamat, 1 piala yang membawa maksud :
3 Universiti : Tiga (3) buah universiti di Moscow yang akan mengambil bahagian iaitu I.M Sechenov First Moscow State Medical University, Russian National
Research Medical University dan Moscow Aviation Institute
1 Matlamat : Perjuangan yang satu dan jitu bagi mengapai kejayaan dan kemenangan melalui semangat berpasukan
1 Piala : Merebut satu piala yang akan menjadi pertaruhan dan buruan setiap tahun
Dato' Zainol Abidin juga bersetuju piala pusingan PiDZA di beri nama sempena nama beliau dan kedutaan Malaysia akan menjadi venue pertandingan pada tahun ini. Ironinya penubuhan PiDZA ini cukup unik memandangkan ini merupakan pertandingan berbentuk perbahasan yang pertama di adakan di Russia anjuran pelajar-pelajar Malaysia dan PiDZA ini juga menggunakan sistem piala pusingan di mana setiap tahun piala ini akan menjadi buruan setiap universiti di Moscow.
Harapan terhadap PiDZA amat tinggi memandangkan ianya adalah pertama kali diadakan dan merupakan edisi pertama. Diharapkan ianya menjadi platform terbaik bagi mahasiswa-mahasiswa mencungkil bakat dalam bidang perbahasan,berupaya untuk memberikan idea dan pendapat berkenaan isu-isu semasa yang melanda negara dan seterusnya bakal menjadi modal insan yang cemerlang bukan hanya setakat dari segi ilmu bahkan intelektual.
Semoga PiDZA 2013 akan menjadi pentas buat mahasiswa-mahasiswa yang mewakili universiti masing-masing berjuang secara sihat bagi merebut piala pusingan Dato' Zainol Abidin bagi edisi pertama.
3 universiti dengan 1 matlamat bagi memburu 1 piala
Selamat Maju Jaya !